Thursday, October 17, 2013

Welcome back!

Salam...

Lama sangat senyap sunyi dari blog ni. Tak tahu macam mana nak aktif balik blogging macam 3 tahun lepas. Oh no... Tapi takpe, sekarang sebab rasa macam bosan dengan Fb, Twitter pun dah hampir setahun deactivate, dan takde benda sangat nak buat bila dah puas scroll Instagram kat tab, maka mulalah berputik kembali rasa nak jenguk-jenguk blog yang mana saya follow selama ni. Bagus la blogger yang mana konsisten upload entry seminggu sekali dua kali, at least punyai pendirian dan komited. Tak hangat-hangat tahi ayam.

So, kalau masih ada sesiapa yang follow dan baca blog ini lagi, ketahuilah bahawa si Mcjust ni dah tinggal lagi setahun je nak habis belajar, 2014 nanti final year dah. Lagi satu, kalau saya tinggalkan dunia blog ni senyap sunyi dulu dengan status masih anak dara sunti, sekarang saya dah kembali menaip di blog ni dengan status isteri orang. Alhamdulillah... (Yahoo!!)

Okey, mungkin cerita-cerita yang mungkin akan jadi panjang lebar tu harus saya keutarakan di entry yang lain kot. Saje buat modal nak bercerita. Al-maklum lah semenjak dah masuk umur 22 tahun ni rasa makin tua, dulu aktif blogging zaman umur 18-19 tahun. Ni tiba-tiba pulak sampai jodoh dah kahwin terasa macam dah nak masuk golongan akak-akak, so nak rasa bersopan sikit guna "saya" instead of "aku". Hehe.

Harap-harap saya pun akan konsisten balik blogging macam dulu. Tak mau dah kejap-kejap rasa nak tulis kejap tak nak. Bukan apa, nak pupuk sifat dan sikap boleh melakukan sesuatu supaya tak berhenti separuh jalan.. So, dengan blogging ni pun salah satu caranya jugak.

Baiklah, bye bye. Nak belanja gambar kawin ahkak satuewws! :p


1 komen je baru.:

efa fairuz said...

wahahahh akak sangattt :p aku pun sambung blogging balik.. harit tgk blog rase nak muntoh :p