Wednesday, October 30, 2013

Debarannya kian terasa

Awat tajuk post ni macam tu? Dah macam promot iklan Akademi Fantasia je.

Tak... sebenarnya yang saya berdebar sangat ni ialah sejurus selepas berakhirnya exam pada bulan Januari nanti, saya dan kawan-kawan akan berlepas untuk berpraktikum pada bulan Februari. Tak ke terkejutnya macam tu, dengan kurang pengalamannye, dengan busy nanti kena buat action research....
Tahu tak, nervous?

Dan paling berdebar tu ialah kalau tak dapat graduate dengan First Class Honour Degree, memang susah la nak dapat posting mengajar, kemudian kena ambik exam yang dari British Council punya. Cuak tak cuak.. Dijangka tamat belajar November 2014, so ada setahun lagi nak berusaha.

Jadi, bila dah final year ni memang sibuk lah nampaknye, nak tidur baring pun macam tak lena. Huhu.
Tapi takpe, kalau dengan usaha dan tawakal serta doa, pasti Allah akan tolong. Insha Allah...


0 komen je baru.: