Friday, October 18, 2013

Semester 6 dan seterusnya

Sedar tak sedar, semester ni dah semester ke 6, maknanya dah tahun ketiga Degree sejak awal 2011 dulu, dan sekarang ni jugak tahun kedua dan semester terakhir di UPSI. Bermula tahun depan, kembalilah saya ke tempat asal mula-mula belajar TESL dulu, iaitu IPGM Kampus Ipoh untuk menyambung final year di sana..sobs.

Final Year! Dah nak habis belajar dah! Macam tak percaya je...

Opss..sebelum tu. Cuma nak bagitahu. Dari dulu lagi bila siapa-siapa yang tanya saya, "Belajar kat mane?" mesti susah sikit nak jawab soalan ni. Sebab nak cakap saya budak IPG, tapi sekarang saya belajar kat UPSI, tapi nak cakap belajar kat IPG, saya pun tetap budak UPSI jugak. Jadi, nak tak nak memang kena explain panjang sikit kepada sesiapa yang bertanya, bahawa.... program TESL kami ni memang unik, sebabnya, kami batch yang sepatutnya sama seperti senior, boleh fly ke UK dan sambung Degree mereka di sana. Tetapi, keadaan tak menyebelahi dan mungkin rezeki kami tetap di tanah air sendiri iaitu Malaysia, maka kami ditempatkan di local universities. Ada pelajar IPG lain dapat UKM, USM, dan lain-lain. So.. inilah penerangan sebenar kenapa kami ni 'student maktab' tapi study kat UPSI tapi tak pinjam PTPTN dan dapat elaun. 

Rezeki. Masing-masing punya rezeki berlainan, Alhamdulillah sebab dapat elaun dan tak perlu susah sangat fikir pasal pinjaman.

Jadi apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah, belajar betul-betul dan seboleh-bolehnya dapatkan result yang tinggi. Makin cantik pointer makin cerah peluang nak dapat First Class Degree. 

.
.
.
.

Sekejap je rasa berlalu 4 tahun, dari tahun 2009 sampai la sekarang 2013 memang pengalaman yang bermakna. Orang cakap student's life tu adalah pengalaman paling best sebab bila dah kerja nanti memang kurang masa untuk family, enjoy, cuti, dan masa untuk diri sendiri. So.... walaupun sekarang ni kiranya macam still boleh enjoy lagi sebagai student, kena beringat jugak sebab final dah tahun depan. Praktikum pun dah nak start (kawan-kawan IPG yang lain semua dah 2 kali pergi praktikum, kitorang je yang lambat sikit sebab program lain daripada orang..sobs). 

Nervous. Tahun depan dah semester 7 dan semester 8, Insha Allah dapat graduate dengan result yang elok. Harap-harap boleh dapat tempat posting dengan lancar.. Walaupun orang cakap sekarang ni susah dapat kerja, tetapi kalau kita yakin dan usaha, serta tawakal, tak mustahil rezeki akan cepat sampai pada kita. Insha Allah... Yakin lah pada Tuhan, usaha dan jangan malas belajar. Jangan kedekut ilmu dan sentiasa ingat untuk beribadat dan berdoa kepada Tuhan demi kesejahteraan keluarga, suami (ehem!), dan diri sendiri. Hehe.



*Wah, ilmiah sangat entry kali ni. Daripada rasa nervous terus rasa excited nak grad.


0 komen je baru.: