Wednesday, October 30, 2013

Debarannya kian terasa

Awat tajuk post ni macam tu? Dah macam promot iklan Akademi Fantasia je.

Tak... sebenarnya yang saya berdebar sangat ni ialah sejurus selepas berakhirnya exam pada bulan Januari nanti, saya dan kawan-kawan akan berlepas untuk berpraktikum pada bulan Februari. Tak ke terkejutnya macam tu, dengan kurang pengalamannye, dengan busy nanti kena buat action research....
Tahu tak, nervous?

Dan paling berdebar tu ialah kalau tak dapat graduate dengan First Class Honour Degree, memang susah la nak dapat posting mengajar, kemudian kena ambik exam yang dari British Council punya. Cuak tak cuak.. Dijangka tamat belajar November 2014, so ada setahun lagi nak berusaha.

Jadi, bila dah final year ni memang sibuk lah nampaknye, nak tidur baring pun macam tak lena. Huhu.
Tapi takpe, kalau dengan usaha dan tawakal serta doa, pasti Allah akan tolong. Insha Allah...


Sunday, October 20, 2013

Fresh look

Baru je tukar sikit template dengan colour blog ni. Bagi nampak segar sikit buat background text kaler cerah, kalau tidak asyik emo je gelap memanjang.

emo sangat ni kak.

Duk main-main customise template, layout, colour, dengan font blog ni jugak salah satu sebab saya suka sangat blogging dulu. Hehe.

Movies & TV Series

Saya ni ada satu perangai suka download movies...tapi tak berapa nak tengok pun movies yang dah siap download tu. Sampaikan penuh external harddisk, dan harddisk laptop dengan movies yang dah di download. Ada jugak cerita tu yang dah dua tahun lebih ada dalam external hd tapi tak tengok-tengok jugak, bukan apa; nak delete sayang sebab tak tengok lagi, tapi nak tengok takde mood pulak.

Selalunya saya suka download English movies kalau tengok dia punya poster macam best je macam woww gitu *mudah terpedaya dengan poster*, tapi kebiasaannya kawan-kawan pun suka request nak movies apa-apa lepas tu dengan laju nye saya search dan bermulalah aktiviti mendownload ku... Best.

Paling tak boleh blah, kawan-kawan ada yang suka tengok cite seram/ganas/thriller/hantu yang ala-ala The Conjuring, Saw, dan yang sewaktu dengannya tapi saya ni memang jenis takut nak tengok cerita macam tu. So, bila ada yang request nak download cerita seram, tetap jugak saya download yang 720p HD tapi bila dah siap tu memang takkan tengok sampai bila-bila hahaha. Paling best tu, dah siap download cerita seram lepas tu pass cerita tu kat kawan, then delete terus movie tu dari folder laptop. Fuhh... 

Tapi, kalau bab-bab tv series laju je aku tengok.. Sehari boleh sampai 6-8 episodes.

Revenge, The Vampire Diaries, The Originals (baru), Glee, Dexter, The Big Bang Theory, dan sudah tentu lah tv series yang paling best-gua-cakap-lu-frust-kalau-tak-dapat-tengok iaitu GAME OF THRONES!

Semua ni antara tv series yang memang laju je saya download, dan tengok sampai habis every time keluar episod baru. Hehe. 

Pasal apa suka tengok tv series? Pasal 40 minit atau 20 minit je setiap episod, kalau movie 1 jam 30 minit, kalau nak tengok pun kena luangkan masa yang lama la. Tv series lebih addictive dan bersambung-sambung cerita so lagi excited. Heeee

Sekarang ni saya pun tak tahu bila la nak habis tengok beratus-ratus movies yang ada dalam external harddisk dengan harddisk laptop nih. Time nak kosongkan harddisk je la baru rasa nak tengok, kalau tak...memang sampai ke sudah la tak tengok. Melainkan ada movie yang hebat dan favourite.

*Sekarang ni pun torrent tengah download Iron Man 3, dan internet download manager tengah download Monster University hehe.