*Entry aku ni di-import dari Soltura, saja nak repost. Bagi promote sikit.
1996
Tadika di Kampung Paya Dalam, Temerloh (tak sure lah)
Aku masa tu baru umur 5 tahun. Cetek ilmu lagi. Aku tak ingat nama tadika aku tu apa, lagipun tujuan aku pergi belajar bukan nak ingat benda-benda remeh temeh ni, pendek kata, tadika tu hanya ada satu bangunan kecik yang mampu memuatkan pejabat, dapur, dan hanya ada satu kelas je. Sebab tu la jauh mana pun aku lari jumpa muka budak-budak berhingus yang sama jugak.
Macam biasa ada je nurse-nurse yang datang kat tadika, bagi ubat gigi dengan berus gigi free (yeay!). Lepas tu kitorang sama-sama pergi kumur dengan berus gigi guna berus gigi merah tu dekat jamban belakang kelas. Jamban yang sangat mengerikan tuh.
Cikgu Azizah
Okay, cikgu aku pulak, aku tak ingat nama apa. Sebabnya aku tak suka cikgu tu. Sampai sekarang la ada sikit-sikit rasa benci tu. Anggap je la nama dia Cikgu Aziziah.
Ain; Penyangak Besar
Anak dia, sama baya dengan aku, sama kelas, pun aku tak ingat nama dia apa. Haish. Anggap je la nama anak cikgu aku tu Ain.
Cikgu Azizah tu sangat pilih kasih. Ain tu pulak kerja menjahanamkan budak-budak lain je. Aku salah seorang mangsa utama.
Kena cubit, kena pukul, buku aku dia conteng, pensel kaler aku dia guna, rambut aku dia tarik, tapi yang selalu sangat Ain buat ialah cubit aku kuat-kuat sampai pipi aku merah. Aku pulak memang jenis tak melawan, sebab abah aku ajar tak boleh pukul orang lain sesuka hati. Kesian aku. Bila aku mengadu kat Cikgu Azizah, dia buat dek je. Ain pulak bukan main pijak gajah pun tak mati tunjuk baik depan mak dia.
Cikgu Azizah bukannya tak tahu anak dia memang jahat, tapi pilih kasih. Bila dia masak nasik lemak, anak dia lah dapat paling banyak. Bila dia puji budak-budak pandai baca, anak dia lah yang paling pandai.
Aku? Aku dengan budak-budak lain macam biasa la stress kena kacau dengan Ain.
Ada sekali masa hari Jumaat aku datang tadika dengan baju dress bunga-bunga, pastu Cikgu Azizah marah suruh balik tukar baju. Aku pun menangis je la sorang-sorang. Ada ke patut cikgu tadika suruh aku yang lemah ni pergi balik rumah. Tekanan tau. Padahal bila Ain pakai baju dress yang corak-corak tak pakai uniform tadika tu okay pulak Cikgu Azizah.
*Masa tu bila tiap kali hari Jumaat boleh pakai baju macam mana pun, tak pakai uniform pun takpe. Tapi, Jumaat tu aku kena marah.
Cikgu Azizah suka marah budak-budak lain bila budak tu datang mengadu sakit kat dia. Tapi bila anak dia Ain datang mengadu kat dia, dia pun tetap marah budak-budak lain jugak. Memang pilih kasih. Cuba bayangkan kehidupan budak tadika masa tu bila kena marah? Sure menangis teresak-esak.
Aku rasa aku adalah mangsa buli Ain masa tadika dulu. Sampai la aku dah masuk sekolah rendah aku asyik tak konfiden je dalam kelas. Nasib baik aku pandai, selalu dapat no 1 masa sekolah rendah (sekolah rendah je la).
Selalu kena buli dengan Ain masa tadika buat aku rasa nak buli orang pulak bila dah naik sekolah menengah. Okay tak payah cerita lah yang ni. Jadi panjang pulak sebab banyak kes. Haha!
Apa-apa pun, aku tak rasa langsung yang Cikgu Azizah ada buat jasa dengan aku. Aku pandai ABC dan boleh membaca pun sebab aku belajar dengan mama aku dulu yang bekas cikgu tadika jugak. Mama aku lah cikgu aku dari kecik sampai besor.
Suatu hari tu, bila family aku nak pindah, aku tak datang pun tadika ucap goodbye atau terima kasih ke kat cikgu. Kakak aku yang sulung pergi ambik buku-buku aku kat tadika sebab aku dah serik dan trauma nak pergi tadika. Memang tragik betul nasib budak-budak tadika kat situ. Akhirnya, family aku pindah ke Kuantan, aku pun pergi tadika sehari je kat Kuantan tu last-last duduk rumah belajar dengan mama aku jugak.
Sepanjang rekod aku dari tadika sampai la sekolah menengah; Cikgu Azizah paling teruk dan paling pilih kasih.
Notakaki: Kalau jumpa Ain sekarang ni, mau aku tampar-tampar je dia. Biar padan muka. Aku dah besar panjang dah ni. Tak takut dah kat Cikgu Azizah.

2 komen je baru.:
ni cerita betul atau tipu?
kalau cerita tipu aku tak nak baca!
kisah benar la weh! haha
Post a Comment