Aku memang sekarang ni kurang sangat-sangat membaca buku. Serious shit, memang dalam sehari tu asyik mengadap internet je kalau takde kelas. Tak mengadap internet, tengok movie atau tv series. Tapi... yang selalunya aku mengadap internet tu bukan Facebook je semata-mata, blog la yang banyaknya.
Aku perasan yang aku jadi semacam ketagih kalau tak baca blog sehari. Mesti tak sedap duduk je kalau tak bukak dashboard, tak baca mana-mana entry yang menarik atau informative yang orang lain tulis. Aku boleh habiskan masa berjam-jam semata-mata hanya baca blog, baca blog atau baca artikel-artikel sahaja. Melampau gitu ketagihnya... Aku suka bila baca artikel yang agak-agak ilmiah ni je, aku dapat rasa sel-sel neuron dalam otak makin bertambah disebabkan proses pemikiran dalam otak aku. Walaupun aku tak pandai Add Maths, tapi aku suka baca artikel yang dalam Englsih, sambil-sambil nak translate dan digestkan maksud-maksud perkataan tu secara pantas masuk dalam kotak fikiran, dah banyak sel-sel neuron bertambah dan bercambah-cambah. Amboi... jadi budak Science kejap.
Tapi, apa yang aku baca bukannya blog bodo-bodo yang selalu dok update hari-hari pasal boyfren tu.. Aku suka baca blog yang tulis satu macam artikel yang aku rasa boleh tambah ilmu aku dari sehari ke hari. Perghhh.. Aku suka jugak baca blog lawak-lawak, tapi ada mesej tersirat dalam lawak-lawak sarkastik tersebut. Tu pun termasuk jugak dalam blog yang aku suka. Blog sekarang ni banyak dah tulis pasal tips-tips. Banyak je blog macam ni kalau korang pandai cari. Artikel-artikel pasal kesihatan, pasal internet, pasal cara-cara nak selesaikan masalah seharian, pasal hubungan manusia dengan Allah, pasal pergaulan, pasal makanan, semua-semualah aku baca! Bapak rajin nak baca satu-satu tu sampai aku pun kadang-kadang terheran jugak kenapa aku ni ketagih sangat baca blog. HAHA.
Sambil-sambil baca blog yang dok tulis-tulis artikel tu, aku selalu jugak baca blog orang-orang terdekat; adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan, senior-senior yang duk kat oversea, kawan-kawan dalam blogger, pastu kawan-kawan lama yang dah tak jumpa. Mampu baca je la blog diorang supaya tahu perkembangan terkini, ye la dah nak jumpa bukan boleh pun... Ye dak?
Lagi satu.. Sekarang ni aku ada macam ketagih jugak baca artikel kat website yang ada bagi information pasal kesihatan, food nutrition, body care. Mesti nak baca jugak kalau dah terbukak website gitu, contohnya website Reader's Digest. Ala-ala baca majalah RD la tapi ni tak payah beli mahal-mahal RM15 tu. Hehe. Macam-macam ada, banyak tips yang aku suka baca. Tak caya? Bacalah sendiri. Takkan la tu pun malas kot.....
Salah satu sebab aku suka baca website yang ada tulis pasal food nutrition ni sebab banyak produk makanan sekarang ni yang tulis 'Low-Fat' ataupun 'No Sugar Added', yang selalunya aku tertipu dengan label-label macam ni, tapi sebenarnya walaupun takde gula yang diorang bubuh dalam makanan tuh, diorang bubuh aspartame. Tak tau aspartame? Pergi google baca sendiri. Aku start tau pasal aspartame ni ialah masa form 5, biasa la duduk satu dorm dengan kawan-kawan yang best student, dengan aku-aku sekali terbelajar pasal baik buruk kimia makanan nih. Kawan aku, si Miejah yang suka beli gula-gula berangin tuh macam mentos, clorets, apa semua tu; dia tunjuk nutrition facts semua makanan tu kat aku. Semua gula-gula yang tertulis 'No Added Sugar' terkandung aspartame, sebagai pemanis menggantikan gula. Manis berkali-kali ganda daripada gula biasa.
Dah terlajak topic pulak... Saja je nak bagitau sebab apa dan macam mana aku boleh terketagih mengadap internet baca website gitu. Entah la, sebenarnya mengadap internet tetiap hari ni pun lagi teruk kesannya, mata rosak, body jadi gemuk, sebab tak bergerak-gerak dari laptop.
Aku harap nanti aku boleh kembali ke tabiat lama aku masa kecik-kecik dulu, baca buku. Buku kisah-kisah Nabi, buku cerita rakyat yang bersejarah yang abah aku selalu pinjam kat library awam dulu. Kecik-kecik dulu aku tersangat sangat sangatlah suka baca buku, tapi sekarang walaupun masih suka membaca, dah terpesong sikit, baca blog dan artikel.
Haiz.. Takpe la asalkan hidup kita ni dipenuhi dengan pengetahuan yang kita dapat daripada membaca.
Notakaki: Kekadang tu terasa macam nak jadi penulis pulak, maksud aku penulis yang bertauliah, yang diiktiraf. Tapi nak menulis apa pun aku tak tahu sekarang ni.

2 komen je baru.:
kamu bakal cikgu kan
jadi kene byk membaca
ngeheheehe.. tu la pasal..
Post a Comment