Sebenarnya petang ni aku cuba nak tidur, tapi tak boleh. Otak asyik duk berfikir nak kerja kat mana nanti cuti semester 4 bulan. Sambil-sambil baring teringat la macam-macam kenangan masa aku kerja kat kedai makan/kafeteria dalam kem dulu masa tunggu result SPM...
********
FEBRUARI 2009
Macam biasa, tiap-tiap pagi buat kerja, ambik order air pelanggan. Satu hari tu, dalam pukul 9 pagi...
Nur *(bukan nama sebenar), datang jumpa Kak Sheila, kawan sekerja aku. Nur ni dia sama sekolah rendah dengan aku, atau lebih tepat lagi, adik perempuan kepada kawan sekelas aku dulu. Masa tahun 2009 tu aku umur 18, Nur pulak umur 17 baru.
Aku tak tahu macam mana si Nur ni boleh kenal dengan Kak Sheila, tapi apa yang aku tahu aku memang dah lama dah tak nampak Nur ni sebab kitorang hanya kenalan yang tak rapat, bukan kawan. Tapi aku tahu, dulu masa sekolah rendah, Nur ni ceria, bijak, dan berisi.
Masa dia datang jumpa Kak Sheila pagi tu, aku mula-mula tak kenal siapa dia, sampai lah kawan aku cakap dia ni lah adik kepada Si Polan kawan sekelas kita dulu tu. Ohhh... Memang jauh beza dengan Nur sekolah rendah dulu. (Ye la dia pun dah 17 masa tu).
Nur datang ke kedai makan tu ikut pintu belakang, dengan hanya baby-T, jeans lusuh, tudung itik minah rempit, beg sandang Billabong, berselipar jepun biru, dan memegang sebuah fail plastic berisi dokumen. Muka Nur comot, badan dia kurus sangat, kulitnya tak bersih, kaki dia penuh dengan debu jalan sebab dia berjalan ke sana-sini.
Nur datang ke tempat kerja aku tu hanyalah semata-mata nak pinjam baju kurung Kak Sheila. Katanya dia takde baju kurung, dan tak biasa pakai. Dia datang ke kedai makan dalam kem tu pun sebab nak naik bas dari dalam kem untuk ke Kota Bharu.
Lepas aku berbual-bual kejap dengan dia, aku pun pergi buat kerja sebab masa tu sangat sibuk. Lepas siap menyalin baju kurung, Nur pun berlalu dan pergi ke pondok untuk menunggu bas...
******
Masa tu dan pada hari tu jugak lah, aku baru dapat tahu. Nur sebenarnya dah berhenti sekolah masa dia form 3 lagi. Sebab dia dah mengandung ataupun sebab dia nak kahwin, kalau tak silap otak aku yang nyanyuk ni.
Dan hari tu dia datang jumpa Kak Sheila sebab dia nak pinjam baju kurung, bawak fail berserta dokumen, sebab dia nak pergi mahkamah syariah.
******
Pada saat tu, aku terpikir sejenak.
Apa yang dia dah buat sebenarnya? Dia dah tak tinggal dengan mak bapak dia, aku tak ingat samada dia dah kena halau atau dia yang lari. Anak yang dia mengandung dulu tu, ada lagi ke tak? Tinggal dengan sapa? Dia makan selama ni, dengan apa?
Waktu tu, tahun 2009, aku hanya berumur 18 tahun. Aku kerja sebab aku nak cari duit untuk tolong abah aku biaya urusan kolej/universiti aku nanti. Aku masih mentah dengan dunia luar lepas sekolah. Aku cari pengalaman dengan bekerja.
Pada masa yang sama, tahun 2009, si Nur baru je berumur 17 tahun, tapi dia dah pegang dokumen berisi sijil nikah dan surat beranak, dan naik bas sorang-sorang ke mahkamah. Hari tu, tarikh dia ke mahkamah untuk bercerai dengan suami dia. Si suami dia dulu dah tinggalkan dia dan masa tu dah ada perempuan lain. Nur sebatang kara atas dunia.
Masa tu jugaklah, aku terkedu. Aku speechless. Dia baru 17 tahun. Aku lagi tua dari dia. Tapi dia dah pun lalui macam-macam. Aku memang tak boleh nak bayangkan macam mana kehidupan dia. Apa yang dia rasa setiap kali dia bangun pagi, apa matlamat hidup dia yang dia nak capai. Apa yang terlintas di fikiran bila dia tengok orang lain yang sebaya dengan dia tengah sibuk study nak SPM.
Tak. Tak boleh nak salahkan takdir. Semua ni bukan sekadar takdir Allah, manusia yang sepatutnya berfikir dan membentuk haluan hidup sendiri.
Takde apa lagi yang nak dicakap. Satu je yang aku ingat; pesanan abah:
"Tak ingatkan Allah, tak sayangkan ibu bapa, tak fikirkan masa depan, maka terpesonglah haluan hidup."
*Sekarang aku dah 20 tahun, agak-agak Nur tengah buat apa sekarang? Dia tinggal dengan siapa, dia kerja atau tidak, apa yang dia makan, anak dia macam mana? Dan paling penting, dia masih belasan tahun lagi sekarang ni. Macam mana hidup dia sekarang agaknya...

16 komen je baru.:
huhu. tertanya2 jugakk.. x pernah agi jumpa owang cmni.. dgr2 cmtu jer..
tu lah first time dgn last time aku jumpa dia spanjang dia dh besar remaja ni. tak tau la mcm mana dia skrg... =_=
lau diberi peluang utk jumpe ngn die lgi, what will u do ?
tnya khabar je la.. then kalau mcm dia xde arah lg, suggest her to continue study kalau kewangan dia ok. kalau tak, bagi cdangan kerja kt mana2 tempat ke..
asalkan hidup dia dh jd elok balik.
perempuan kalau tak belajar, tak kerja. susah nak survive.. lelaki skrg bukan semua baik.
:/
hmm. stuju2.. btw, cuti 4 bln ? best giler!
huhu.. tu ah. dk mikir nk bekerja cari pitih ni... :))
nur tgh mkn kot..agaga http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
ahahaa
ok.
kadang kadang aku blur nak tekan blog mana nak baca dari profile kau.
hehe
ksiannye kt dy..tp nk wat cmne kn...dy doh plih jln tu..
hopefully kite masih ke jln yg benar
just : cuti keje mne plop? lme ni cuti? hehe
amoi: baca dua2 pun takpe. satu english je, yg ni bahasa melayu. hehe :D
etty: cuti 4 bulan ni keje kt perlis kot. duduk rumah kakak. tp xtau lagi la. etty kijo dok?
suka blog ini..
hitam itu menawan! ;p
anyway,suka your abah punya ayat..100kali setuju.. ;)
thanx sbb suke ;)
ni sejak bila kerjaya kau dah berubah kepada seorang penulis cerpen?
:O
amoi: variasi ni variasi.. ngeh3
Post a Comment